terdetik hari ini ingin menulis.. rasa dah seminggu tidak mencoretkan apa2.. pernah dan sering kita dengar pepatah "berkawan biar seribu..".. hari ini nak bercerita tentang kawan-kawan yang hanya sementara...
telah beberapa kali aku kenali kawan-kawan yang berkawan mungkin bagi mereka hanya sementara, setelah mendapat RM50 atau lebih.. terus menghilangkan diri.. ini kisah kawan-kawan yang kesempitan dan meminta bantuan..
apalah dipandang pada nilai RM50 dengan nilai sebuah persahabatan.. dan apakah hanya itu nilai persahabatan mereka?
.. tak dapat gaji lagi
.. nak pindah rumah
.. kena rompak
.. dan berbagai2 lagi alasan (aku lebih suka menggunakan perkataan "alasan", kerana bagi aku, ia hanyalah alasan.. bukan lah "sebab") dan sebagai rakan apalah nilai RM berbanding dengan kesempitan serta kesusahan kawan-kawan..
persoalannya.. kenapa harus menghilangkan diri? kenapa harus menjadikan rakan yang membantu sebagai orang yang tidak ingin dikenali lagi? adakah cukup dengan RM50? terkadang aku tak faham dengan mereka-mereka yang seperti ini.
manusia memang penuh dengan ragam.. adakah ini lakonan atau.. entah laa.. tuhan saja yang tahu..
Saturday, October 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment