hari ini (isnin - 13 oktober 2008)
seawal 7.30pagi aku telah dikejutkan oleh ayah..
hari ini mak ade temujanji di klinik berhampiran..
ini merupakan lawatan ulangan kerana minggu lepas temujanji dibatalkan..
minggu lepas mak puasa.. puasa sunat 6 hari di bulan syawal..
jadi tak dapat nak mendapatkan rawatan
yang pasti.. setiap kali pergi ke klinik yang berhampiran..
seawal jam 8.00pagi telah sampai..
rawatan nya tidak mengambil masa yang lama..
hanya 15minit.. tetapi masa yang diambil untuk menunggu hampir 3jam
terkadang aku terfikir, bilakah agaknya perkhidmatan ini dapat diperbaiki
setiap kali datang, inilah perkara yang harus dilalui
rawatan yang singkat, perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu
adakah mereka berasa selesa?
adakah mereka hanya menjalankan tugas untuk mendapatkan bayaran?
adakah mereka ini tidak memikirkan akan urusan2 orang lain?
adakah.. dan adakah.. biar beribu persoalan yang ditimbulkan..
yang pasti, mereka tidak akan berubah
Monday, October 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment