Tuesday, December 30, 2008

do i have a choice?

sadness n happines..

do i have a choice to choose which one? sure i do. pilihan untuk bersedih atau gembira. itu pilihan diriku sendiri, tiada yang lain bole tentukan kegembiraan atau kesedihan. aku yang berhak memilih.. kuasa penuh di tangan ku.

tiada maaf untuk sesiapa pun kerana tiada salah jika aku memilih untuk bersedih, i'm adult enough to decide..

Saturday, October 25, 2008

kawan atau bankers??

terdetik hari ini ingin menulis.. rasa dah seminggu tidak mencoretkan apa2.. pernah dan sering kita dengar pepatah "berkawan biar seribu..".. hari ini nak bercerita tentang kawan-kawan yang hanya sementara...

telah beberapa kali aku kenali kawan-kawan yang berkawan mungkin bagi mereka hanya sementara, setelah mendapat RM50 atau lebih.. terus menghilangkan diri.. ini kisah kawan-kawan yang kesempitan dan meminta bantuan..

apalah dipandang pada nilai RM50 dengan nilai sebuah persahabatan.. dan apakah hanya itu nilai persahabatan mereka?

.. tak dapat gaji lagi
.. nak pindah rumah
.. kena rompak
.. dan berbagai2 lagi alasan (aku lebih suka menggunakan perkataan "alasan", kerana bagi aku, ia hanyalah alasan.. bukan lah "sebab") dan sebagai rakan apalah nilai RM berbanding dengan kesempitan serta kesusahan kawan-kawan..

persoalannya.. kenapa harus menghilangkan diri? kenapa harus menjadikan rakan yang membantu sebagai orang yang tidak ingin dikenali lagi? adakah cukup dengan RM50? terkadang aku tak faham dengan mereka-mereka yang seperti ini.

manusia memang penuh dengan ragam.. adakah ini lakonan atau.. entah laa.. tuhan saja yang tahu..

Thursday, October 16, 2008

kata bawa derita, kata bawa sengsara

"terlajak perahu bisa diundur, terlajak kata buruk padahnya"
"luka dijari boleh sembuh, luka di hati siapa yang tau"


malam ini, tika hati sedang gembira tika hati sedang ria, tiba2 terasa sebak sayu secara tiba-tiba, tiba-tiba aku rasa bersalah yang teramat sangat, bukan maksudku bukan niatku untuk buat "dia" terluka.

aku cuba untuk menjaga setiap apa yang dibualkan dengan "dia", aku cuba yang terbaik untuk menjaga kata-kata, namun tanpa ku sedari, aku telah melukakankan hatinya. adakah benar pernah kukatakan "aku tidak berhak untuk bahagia, aku tidak berhak dilayan sebaiknya"

aku termenung sejenak, memikirkan, jika tiada ku lihat kelibatnya, aku teringat akan dia, aku akan tertanya-tanya kemana perginya, tapi hari ini ketika berbual-bual aku telah melukakan hatinya..

maafkan edy..
edy tidak berniat... apatah lagi untuk melukakan hati...
maafkan edy sekali lagi..

Monday, October 13, 2008

mereka tidak pernah berubah..

hari ini (isnin - 13 oktober 2008)

seawal 7.30pagi aku telah dikejutkan oleh ayah..
hari ini mak ade temujanji di klinik berhampiran..
ini merupakan lawatan ulangan kerana minggu lepas temujanji dibatalkan..
minggu lepas mak puasa.. puasa sunat 6 hari di bulan syawal..
jadi tak dapat nak mendapatkan rawatan

yang pasti.. setiap kali pergi ke klinik yang berhampiran..
seawal jam 8.00pagi telah sampai..
rawatan nya tidak mengambil masa yang lama..
hanya 15minit.. tetapi masa yang diambil untuk menunggu hampir 3jam

terkadang aku terfikir, bilakah agaknya perkhidmatan ini dapat diperbaiki
setiap kali datang, inilah perkara yang harus dilalui
rawatan yang singkat, perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu

adakah mereka berasa selesa?
adakah mereka hanya menjalankan tugas untuk mendapatkan bayaran?
adakah mereka ini tidak memikirkan akan urusan2 orang lain?

adakah.. dan adakah.. biar beribu persoalan yang ditimbulkan..
yang pasti, mereka tidak akan berubah

Thursday, October 2, 2008

manusia berubah sekelip mata...

log sms 1 syawal 1429H (1 Oktober 2008) antara aku dan si dia..

aku: seketika saya terfikir apakah yang terjadi, mungkin kita tidak sesuai bersama, mungkin apa yang saya inginkan cuma mimpi, saya merasakan mungkin awak akan lebih bahagia tanpa saya, awak, saya lepaskan awak, bukan kerana saya benci, bukan juga kerana tidak sayang dan saya doakan agar awak terus ceria, assalamualaikum.

dia: kenapa awak cakap macam ni? saya baru je nak call awak jap gi lepas cuci kereta, awak kenapa ni sayang?

aku: awak tak perlukan saya pun, ada baik saya lepaskan awak walau tanpa kerelaan hati saya.

dia: jangan lepaskan kalau awak tak rela, baiklah sayang, kalau itu keputusan awak saya pun ikut je, saya tak mintak untuk dilepaskan

aku: tapi bukan awak kisahkan saya pun

dia: siapa cakap?

aku: bila sms asik marah je, mungkin awak lagi suka kalau saya diam je

dia: mana ada saya marah, ye la, bukan marah apa, marah pun marah sayang, awak plak mcm x paham keje saya mcm mana

aku: ye la mmg saya tak pernah faham kerja awak

dia: ikut awaklah, saya tak boleh paksa awak

aku: ok, saya tahu awak tak kisah sangat dengan hubungan kita

dia: awak ni suka cakap bukan2 lah, kalau awak dah ckp mcm tu, terpulang lah, tak kan saya pulak nak terhegeh2 lebih2, awak yang suka pk bukan2, kadang saya bz awak msg la, ni x, x kan 24 saya je

aku: k la wak, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

dia: selamat hari raya, maaf zahir batin, maafkan saya sayang, mungkin saya silap saya

aku: sayang? selama ni mcm x sayang saya pun

dia: lantak kat kau lah, aku dah mintak maaf elok2 tak reti bahasa, bila aku melenting ko mula la banyak bunyi, da ckp elok2 pun nak pertikai

aku: terima kasih....

dia: sama2, dah la hari baik bulan baik ni wak, kalau kita xde jodoh saya masih terima awak sebagai abang saya, saya mintak maaf atas salah silap atau terkasar bahasa

aku: xpe la, saya tahu ada saya tak menguntungkan awak, xde saya x merugikan awak, sekurang2nya saya tau saya mmg x layak di layan dengan baik. askum

dia: kenapa ckp mcm tu, tak baik wak, maafkan saya ye



sms ini aku biarkan sahaja tanpa berbalas.. yang pasti aku tidak akan membalas lagi dan lagi..
kesenangan perhiasan hidup, penderitaan sandiwara kehidupan manusia

Monday, August 4, 2008

Pilih Memilih.. Hanya "taste" sahaja?

Hampir setahun yang lalu, ku kenali seorang rakan melalui mIRC, berkenalan bercerita bergurau senda, beramah mersa, apakah lagi yang mampu dilakukan bagi merapatkan hubungan antara dua insan yang baru sahaja berkenal kenal.

Selama lebih 3(tiga) bulan berhubungan melalui talipon, dia mendesak ingin berjumpa ku, sudah jadi adat dan kebiasaan agak sukar bagiku untuk menemui orang yang ku kenali di dalam ruang internet ini.. namun atas dasar untuk lebih mengeratkan perhubungan aku terus bersetuju berjumpa..

Tarikh dan tempat pun ditentukan, menunggu hari dan waktu untuk bersua orang yang telah lama dikenali, debar dada, tentu dan pasti nya ada, dan akhirnya dia ku temui, gembira dan suka pasti kerana dapat bertemu dengan rakan yang tidak pernah ditemui. Banyak perkara yang dibualkan, dan sudah pasti aku yang banyak bercakap ini menjadikan pertemuan ini bukan seperti orang yang pertama kali berjumpa. Pasti tiap pertemuan ade perpisahan.. bukan lah untuk berpisah selamanya.. x kan nak duduk jer mengadap dia kot :)

Seletah pertemuan itu, aku sedikit hairan, panggilan ku tidak dijawab, sms ku juga tidak dibalas, beberapa kali aku cuba lagi menghubungi tapi nampaknya hampa. Lalu aku membiarkan sahaja. Mungkin ade yang tidak kena, atau ada yang menghalang aku terus berhubungan dengannya.

Enam (6) bulan berlalu, aku tergerak hati untuk menghantar sms kepada rakan ku ini :) Sms dibalas dengan pertanyaan "Siapa disana?" Tidak cukup dengan sms itu, rakan ku ini cuba menghubungi, tapi memandangkan masa yang tidak sesuai, aku tidak menghiraukan. Ada pekerjaan yang perlu diselesaikan. Pada hari yang sama pabila aku punya masa yang terluang, aku telah menghubungi.. aku tidak merasa hairan walaupun dia yang pernah rapat dengan ku dahulu seolah-olah tidak mengenaliku. Lalu aku terangkan semula pada dia.. alhamdulillah dia dapat mengingati ku semula, jadi berbagai pertanyaan ku ajukan padanya.. almaklumlah seperti rakan yang telah lama terpisah :)

Aku beranikan diri untuk bertanya.. kenapa tiba2 dia menghilangkan diri setelah bertemu kali pertama.. dengan selamba dia berkata..

"Saya tidak berminat untuk berkawan dengan awak, kerana awak bukan taste saya"

Lalu saya berkata.. "Hanya sebagai kawan... tanpa apa2 hasrat lain..."

Manusia.. agak pelik, dan ajaib.. cuba2 lah kita fikirkan... adakah kita perlu memandang "taste" untuk berkawan? Dan apakah tujuan kita mencari kenalan? Dan Adakah hanya yang "taste" sahaja yang layak untuk digelar sebagai kawan?

Tuesday, July 22, 2008

Cinta Dan Pengorbanan

CINTA sejati...........

CINTA mengharapkan yang terbaik. Segala sesuatu yang dilakukan atas dasar CINTA harus dilakukan dengan cara yang terbaik. Kata-kata yang digunakan adalah kata-kata yang terbaik, tindakan juga dituntut yang terbaik, termasuklah hadiah yang akan diberikan juga dari jenis yang terbaik. Semuanya haruslah "YANG TERBAIK"


CINTA bersifat patuh dan mengharapkan kepatuhan dari kedua-dua belah pihak. Antara satu sama lain dituntut untuk saling mematuhi dan menghormati nasihat, pandangan dan bimbingan yang diberikan demi mewujudkan keharmonian CINTA yang hakiki.


CINTA menuntut tahap kesabaran yang tinggi. Inilah yang merupakan intipati dalam membina erti keCINTAan yang abadi di samping saling menjaga hati dan perasaan masing-masing.


CINTA tidak bersikap pura-pura. Antara kedua belah pihak harus ada ketelusan dan kejujuran yang mana ini semua dapat menjamin kelangsungan CINTA yang sejati.


CINTA tidak mementingkan diri sendiri. Antara kedua belah pihak tidak saling mementingkan diri sendiri sebaliknya saling bertoleransi dalam apa jua kejayaan atau masalah yang dihadapi oleh mana-mana pihak.


CINTA tidak mudah diprovokasi. Ini kerana CINTA mengandungi sifat penuh kedamaian dan keunggulan.


CINTA tidak mengenali kejahatan. Antara keduanya sangat kuat hasrat mereka untuk memikir yang terbaik dan tidak terlintas dalam pemikiran mereka untuk melakukan hal-hal yang buruk.


CINTA tidak kenal pada ketidakadilan. Jika wujud ketidakadilan dari mana-mana pihak maka hal ini merupakan tanda-tanda adanya hati yang miskin, bukannya hati yang kaya dengan perCINTAan.


CINTA berharap pada segala-galanya. Tidak wujud kata "tidak' dalam berCINTA. Malah tidak ada yang mustahil dalam berCINTA. Dengan demkian maka CINTA merupakan kesetiaan yang tidak dapat dikalahkan atau ditundukkan.


CINTA dapat membawa pada pelbagi perubahan. CINTA merubah kekasaran menjadi kelembutan, merubah orang yang tidak berpendirian kepada yang bertanggungjawab, merubah orang yang berduka kepada gembira dan merubah orang yang pengecut kepada berani




ASHMNZ-LHDR (Jan 2001)