Monday, August 4, 2008

Pilih Memilih.. Hanya "taste" sahaja?

Hampir setahun yang lalu, ku kenali seorang rakan melalui mIRC, berkenalan bercerita bergurau senda, beramah mersa, apakah lagi yang mampu dilakukan bagi merapatkan hubungan antara dua insan yang baru sahaja berkenal kenal.

Selama lebih 3(tiga) bulan berhubungan melalui talipon, dia mendesak ingin berjumpa ku, sudah jadi adat dan kebiasaan agak sukar bagiku untuk menemui orang yang ku kenali di dalam ruang internet ini.. namun atas dasar untuk lebih mengeratkan perhubungan aku terus bersetuju berjumpa..

Tarikh dan tempat pun ditentukan, menunggu hari dan waktu untuk bersua orang yang telah lama dikenali, debar dada, tentu dan pasti nya ada, dan akhirnya dia ku temui, gembira dan suka pasti kerana dapat bertemu dengan rakan yang tidak pernah ditemui. Banyak perkara yang dibualkan, dan sudah pasti aku yang banyak bercakap ini menjadikan pertemuan ini bukan seperti orang yang pertama kali berjumpa. Pasti tiap pertemuan ade perpisahan.. bukan lah untuk berpisah selamanya.. x kan nak duduk jer mengadap dia kot :)

Seletah pertemuan itu, aku sedikit hairan, panggilan ku tidak dijawab, sms ku juga tidak dibalas, beberapa kali aku cuba lagi menghubungi tapi nampaknya hampa. Lalu aku membiarkan sahaja. Mungkin ade yang tidak kena, atau ada yang menghalang aku terus berhubungan dengannya.

Enam (6) bulan berlalu, aku tergerak hati untuk menghantar sms kepada rakan ku ini :) Sms dibalas dengan pertanyaan "Siapa disana?" Tidak cukup dengan sms itu, rakan ku ini cuba menghubungi, tapi memandangkan masa yang tidak sesuai, aku tidak menghiraukan. Ada pekerjaan yang perlu diselesaikan. Pada hari yang sama pabila aku punya masa yang terluang, aku telah menghubungi.. aku tidak merasa hairan walaupun dia yang pernah rapat dengan ku dahulu seolah-olah tidak mengenaliku. Lalu aku terangkan semula pada dia.. alhamdulillah dia dapat mengingati ku semula, jadi berbagai pertanyaan ku ajukan padanya.. almaklumlah seperti rakan yang telah lama terpisah :)

Aku beranikan diri untuk bertanya.. kenapa tiba2 dia menghilangkan diri setelah bertemu kali pertama.. dengan selamba dia berkata..

"Saya tidak berminat untuk berkawan dengan awak, kerana awak bukan taste saya"

Lalu saya berkata.. "Hanya sebagai kawan... tanpa apa2 hasrat lain..."

Manusia.. agak pelik, dan ajaib.. cuba2 lah kita fikirkan... adakah kita perlu memandang "taste" untuk berkawan? Dan apakah tujuan kita mencari kenalan? Dan Adakah hanya yang "taste" sahaja yang layak untuk digelar sebagai kawan?