Tuesday, July 22, 2008

Cinta Dan Pengorbanan

CINTA sejati...........

CINTA mengharapkan yang terbaik. Segala sesuatu yang dilakukan atas dasar CINTA harus dilakukan dengan cara yang terbaik. Kata-kata yang digunakan adalah kata-kata yang terbaik, tindakan juga dituntut yang terbaik, termasuklah hadiah yang akan diberikan juga dari jenis yang terbaik. Semuanya haruslah "YANG TERBAIK"


CINTA bersifat patuh dan mengharapkan kepatuhan dari kedua-dua belah pihak. Antara satu sama lain dituntut untuk saling mematuhi dan menghormati nasihat, pandangan dan bimbingan yang diberikan demi mewujudkan keharmonian CINTA yang hakiki.


CINTA menuntut tahap kesabaran yang tinggi. Inilah yang merupakan intipati dalam membina erti keCINTAan yang abadi di samping saling menjaga hati dan perasaan masing-masing.


CINTA tidak bersikap pura-pura. Antara kedua belah pihak harus ada ketelusan dan kejujuran yang mana ini semua dapat menjamin kelangsungan CINTA yang sejati.


CINTA tidak mementingkan diri sendiri. Antara kedua belah pihak tidak saling mementingkan diri sendiri sebaliknya saling bertoleransi dalam apa jua kejayaan atau masalah yang dihadapi oleh mana-mana pihak.


CINTA tidak mudah diprovokasi. Ini kerana CINTA mengandungi sifat penuh kedamaian dan keunggulan.


CINTA tidak mengenali kejahatan. Antara keduanya sangat kuat hasrat mereka untuk memikir yang terbaik dan tidak terlintas dalam pemikiran mereka untuk melakukan hal-hal yang buruk.


CINTA tidak kenal pada ketidakadilan. Jika wujud ketidakadilan dari mana-mana pihak maka hal ini merupakan tanda-tanda adanya hati yang miskin, bukannya hati yang kaya dengan perCINTAan.


CINTA berharap pada segala-galanya. Tidak wujud kata "tidak' dalam berCINTA. Malah tidak ada yang mustahil dalam berCINTA. Dengan demkian maka CINTA merupakan kesetiaan yang tidak dapat dikalahkan atau ditundukkan.


CINTA dapat membawa pada pelbagi perubahan. CINTA merubah kekasaran menjadi kelembutan, merubah orang yang tidak berpendirian kepada yang bertanggungjawab, merubah orang yang berduka kepada gembira dan merubah orang yang pengecut kepada berani




ASHMNZ-LHDR (Jan 2001)